Sunday, October 24, 2010

Dia

DULU....
Dia ahli sukan, olahraga..
Sehingga keperingkat daerah dan negeri...
Waktu itu, zaman kegemilangannya..
Ramai pmpuan sukekannya..

Dalam diam, aku juga meminatinya..
TETAPI, Siapalah diriku ini..
ku sedar, diriku tidak setandingmu..
Aku tidaklah secantik pempuan lain..

Tetiba, ku dapat perkhabaran..
Kamu akan keluar dari sek ku.
Untuk menuntut di Sek. Tek. di sebuah bandar besar.

Diriku hanya mampu untuk mengucapkan selamat berjaya..
Agar kamu dapat mencapai cita-citamu..
Dengan sedikit harapan, kamu tidak melupakanku..
Walaupun, diriku hanya bagaikan secebis zarah dalam hidupmu..

Hari demi hari telah berlalu..
Usia kita semakin meningkat..
Terlalu lama ku tidak mendengar perkhabaran darimu..
Mungkin kamu sudah berpunya..
Aku redha dan tidak terlalu berharap pada mu..

Sambungan.... Nantikan Ya...
hehehe...

Monday, October 18, 2010

Neno.. neeeennnnoooo...... Neno.....

haa, korang tahu x bunyi ape tu???
iittuu, bunyi siren bomba..
kalo bunyi siren polis cm ne pulaq ek?
bunyi siren ambulance pulaq cm ne??
xsame keR?? huhu..
upps... ala, xkisah la, y penting lbh kurang cm tu la ye bunyinye....


smlm, aku baru je gi kursus asas keselamatan kebakaran...
selame nie, aku amik xtau langsung pasai keselamatan nieh..
y aku tau, aku nk happy2 je gi keje..
gi keje, blk keje.. hari2 dlm mind set aku, itu je..
keje.. keje.. keje...
xterpikir pulaq aku pasai keselamatan kt office nie sume.
bile mind aku td kene basuh ngn pegawai bombe tu,
baru aku nk amik tau.. hehe..


actually, kebakaran xkenal sesiape..
bebile je buleh tjadi kalo kite cuai..
bnyk gk la show2 mengerikan yg ditunjukkan td..
takut weh tgk...
ia benar2 mendatangkan keinsafan terus kt aku..
(tah2, blk nie, nk pi toilet sendiri pn takot.. hehe)
xmustahil perkare2 cm tu leh tjadi kt aku.
wiso2...


Oleh itu, dinasihatkan...
anda perlulan mengamalkan keselamatan dipejabat seperti mana yang disarankan oleh Majikan dan pihak bomba ye..
bukan takat kt office je,
di rumah, di dalam kereta, di pejabat, di pasaraya..
dimana sahaja anda berada..

* JGN Isap rokok kt office..
kkalo berdegil jugak, isap la rokok diluar kwsn office.

*JGN membuat sepah dikwsn pili bomba.
Kalo tetibe terbakar, kn dh buang mase kene bersihkan dulu kwsn tu sblm le gunekan pili bomba.

*JGN gunakan lif untuk melarikan diri ketika kebakaran. sbb kite xpasti lg lif tu selamat digunakan lg or x..

*Pastikan setelah menggunakan barangan elektrik, ditutup suiznya supaya mengelakkan litar pintas.

*Bila berlaku kebakaran, cepat2 keluar dr rumah/office/kereta kerana asap yang terhasil buleh membunuh mangsa dalam masa 3minit sahaja.

*Elakkan dari melakukan perkara yang buleh menyebabkan kebakaran.. like, men bunga api, men mercun.. dll..

*Elakkan sumber api daripada kanak2.. terutama ketika xde letrik. ajar mereka bahawa api itu bukan utk bermain, malah buleh membakar rumah.

*Yang len tu, ang pkr la sendiri ye.. Ang dh besaq.. hehe.. GUD LUCK. =).

Thursday, October 14, 2010

CURANG!!!

Okey, topik kite ari nie is.... CURANG....
korang phm x ape itu maksud curang??
meh aku terjemahkan...
nie dalam dewan kamus bahasa dan pustaka tau...
curang : tidak lurus hati; tidak jujur; khianat. mencurangi berlaku atau berbuat curang kpd. kecurangan perbuatan atau hal curang; sifat curang.

1. tidak jujur, tidak lurus (tulus) hati: orang-orang yg munafik senantiasa berhati ~; 2. tidak setia (khianat) kpd suami (isteri, tunangan dsb) dgn menjalin hubungan cinta dsb dgn orang lain; mencurangi 1. menipu, membohongi, me­ngakali; 2. berlaku tidak setia kpd (suami, isteri dsb): dia ~ gadis itu; kecurangan keadaan curang, ketidakjujuran: ~ pegawai itu dapat diketahui oleh Jabatan Penyiasat Kecurangan; saya mempunyai bukti yg kukuh mengenai ~ suami saya itu.

sekarang nie kan...
kenape ku melihat di merata tempat,
penuh dengan kecurangan... sane sini...
ape yang dah jadie??????
Dunia akhir zaman dah ke??
sedih/sakit ati aku dengar/melihat sume nie tau...
tp, ape y kite leh buat??
yg perempuan, mungkin, hanye mampu menangisi kecurangan tersebut.
yg lelaki, mungkin hanya mampu menyesali kecurangan tersebut.
yang sememanganya perkara itu telah terjadi, (dah xley nk undur lagi dah)
dan harus ditangani bersama2..

Bagi mika2 yang kuat semangat,
mungkin hubungan mereka buleh kembali seperti dulu,
tp, bg mika2 yang lemah??
hubungan yang begitu lama terpaksa disudahi dengan perpisahan..
sO, Jalan manakah yang anda akan pilih??
Wallahualam... Ikut pendirian masing2..

Kenapa perkara seperti harus terjadi??
Adakah disebabkan kaum Adam di dunia ini telah berkurangan?
Atau, disebakan kaum Adam yang berkualiti telah berkurangan?
Atau, kaum Adam ini sendiri mmg mendahagakan kasih syg kaum Hawa?
Bagi mereka yang dh kawen, xpe la jugak kn?
tp, bg yg belum Kawen cam ne tuh??????
same la memikirkan nye ye..

Pucuk pangkal.. Bergantung kepada keteguhan iman seseorg itu jugak..
Bagi lelaki yang kuat imanya, INSYAALLAH, mereka masih buleh diselamatkan
TP BAGI YANG X KUAT IMANNYA????
Tepuk dada, tanyelah hati ye..

Cube kamu bayangkan,
dlm hidupku, kecurangan sane sini..
Pening/Rimas kekadang aku melalui hidup2 ini.

Kes 1:
Org plg terapat menghadapi mslah plg complicated.
Si lelaki hendak dikahwinkan oleh pilihan ibu bapanya.
yang Si lelaki langsung tidak meminatinya dan mengenalinya.
Kerana di dalam hati si lelaki, telah mempunyai buah hati
tetapi tidak menjadi pilihan keluarga.
Perkahwinan lelaki akan diadakan pd 30 Oktober ini,
tapi smpai sekarang msh contact buah hati..
Segala persiapan perkahwinan disediakan oleh pihak ibu lelaki sendiri.
Sang lelaki langsung tidak mengambil tahu mengenai persiapan perkahwinannye sendiri..
yang die tahu/pkr, menyesali/ keliru dengan sume yang terjadi.
n berusaha untuk mengahwini buah hatinya..
adakah sempat dalam tempoh yang terlalu singkat ini??
Hari nie, 14 Oktober 2010. Tarikh Perkahwinan 30 Oktober 2010..
Bagaimana kesudahan cerita mereka...
Aku sendiri pn xpasti.
Hanya tuhan sahaja yang mampu menjawabnya.

Kes 2:
Orang hampir2 rapat jugak la ngn aku..
tiap2 hari die tumpang kete aku tuk pi kerja.
Si lelaki telah mempunyai isteri dan baru sahaja dikurniakan anak.
Si perempuan xbape nk phm bahase..
cume rapat2/mengenali si Lelaki..
dan akhinya, Si lelaki hanyut dengan percintaan keduanya.
Apekah nasib baby yang baru dilahirkan itu?
Tidakkah die memikirkan yang baby dan ibunya amat memerlukannya pada dan tika ini??
Yang die hanya tahu, Oh Sayang ku... Oh Hubby ku...
Kes yang nie, mmg aku skt ati sgt2..
X kasihan langsung dgn wife yg telah berkorban melahirkan anak die sendiri.
Ape nk jd nieh?? Ish, SABO NIM, SAAABBOO..
huhu..

Kes 3:
Kwn office aku jugak la..
Si lelaki berkahwin dengan si Perempuan telah hampir 4 Tahun.
tanpa disedari oleh isteri Pertama...
MASYAALLAH...
Skrg, si Suami tinggal dgn Isteri Pertama di Pahang,
Dan Isteri Ke 2 di KL.
Hanya sesekali si Suami pulang ke KL..
itupun tido di Hotel gara2 supaya tidak mendatangkan kecurigaan terhadap isteri pertama.
Si isteri ke2, sanggup tinggal berseorangan di sini,
yang segala keperluan ditanggung oleh si Suami..
Hidup hanya ditemani 'pet' peliharaan...
Sampai sekarang hubungan dengan isteri ke2 masih buleh disimpan dengan rapi,
Si isteri pertama langsung tidak berasa curiga dengan ape yg telah terjadi...
PANDAI BETUL MEREKA SIMPAN RAHSIA EK?

Tu baru 3kes aku citer...
Sebenonye, bnyk lg,
cume aku dh loteh nk tulis.
sbb terlalu skt ati dengan ape yg aku dgr, ape yg aku tnampak.

Bagai lelaki ini bebas melakukan apa sahaja mereka suke.
Tiada mahkamah yang buleh menghukum mereka.
Padahal, mereka tidak sedar bahawa mahkamah ALLAH MAHA AGUNG
sedang melihat mereka.

Cite nie hanyalah luahan perasaan ku.
Korang buleh share n pkr2 la.
Bagi mereka yang melakukannya,
TOLONG, Sedarlah... Pada saat ini, apa yang kamu mahu semuanya ade..
TP, bile semua mereka dh pergi, Menangis air mata darah pn,
kamu xmampu nk mengundurkan nye kembali.
Dan bagi mereka yang suke merosakkan rumah tangga org tu,
TOLONG, Sedarlah.. mereka bukanlah hak kamu, mereka mempunyai tnggungjawab
yang lebih besar dari menjaga kamu.
Janganlah membina kebahagian dari kehancurang org lain,
Kerana smpai bebila pn, kamu hidup tidak akan tenang,
Roda akan berputar, satu hari nnti, kamu pn akan mengalami ape yang kamu lakukan.
BERTAUBATLAH.

Tuesday, October 12, 2010

kerjaOhkerja

kerja... kerja.. kerja...
dimanakah kamu......
ssh nye nk dpt keje ek??

Ya ALLAH Ya Tuhan Ku....
Berikanlah peluang untuk temanku..
Berikanlah die kerja yang baik.
Berikanlah die kerja yang berdekatan denganku.
Agar kami dapat bersatu..
Dengan izinmu.

ish, xley nk kate lbh2..
kang kate, aku over pulaq...
hehe...

Monday, October 11, 2010

Yang Terindah (Khas tuk yang dah kawen je ye)


Semenjak kau hadir dalam hidupku
tiada lagi keresahan
kau menutupkan pintu hatiku
tanpa sedar hingga ku izinkan

 

kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
kau yang ilham kan bahagia
hinggaku terasa indah
maaf jika ku tidak sempurna
jika bahagia mula menjelma

bila keyakinan datang merasa kasih
disalut dengan kejujuran


mencintai dirimu
merindui dirimu
memiliki dirimu hingga akhir hayat
bersama kamu



(ulang rangkap 2)

kau yang bernama cinta
hingga aku rasa indah

.

PABILA HATI WANITA TERLUKA

Wahai sahabat2 ku, terutamanye lelaki2 diluar sana...
tahukah kamu.. tatkala 'PABILA HATI WANITA TERLUKA'
Apakah yang akan dilakukannya???

Wanita akan mencari teman2 terdekat nya untuk meluahkan perasaan..
bg wanita, perasaan itu harus dikongsi bersama, supaya dapat mengurangkan beban dihati yang lara ini.
Wanita bukan menjaja cerita atau masalah yang dihadapinya, tetapi, terimalah hakikat bahawa mereka adalah seorang insan yang lemah, yang memerlukan bimbingan dari orang yang buleh membimbingnya.
Dengan sedikit nacihat yang diberikan oleh teman2, sy percaya, seseorg wanita itu akan menjadil lebih tabah menghadapi segala masalah yang dihadapi.










Pada saat ini, bagaimana caranya pun Lelaki itu memujuk??
Wahai sahabat2 ku,
Berikanlah Wanita sedikit masa untuk mencari ketenangan,
Berikanlah Wanita sedikit ruang untuk mencari punca masalah, dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan.
Wanita akan memikirkannya sedalam2 yang mungkin.
apa yang harus dilakukan, dan apa yang tidak harus dilakukannya.

Pada dan tika ini, Wanita benar2 memerlukan seseorg teman yang dipercayai yang buleh membimbingnya serta buleh memberikan nacihat yang bermakna untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi.

Ketahuilah, walaubagaimanapun sifat keras hati seseorg wanita itu,
Jaoh disudut hatinye, terdapat sedikit rase kesayuan, kesunyian, kekesalan diatas  apa yang yang telah terjadi.

Ketahuilah, Lelaki2 diluar sana....
Wanita amat memerlukan kasih sayangmu.
Janganlah kamu mencuranginya.
Kerana Kasih & Sayang nilainya tidak terhingga.



24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”